Alhamdulillah semua yang berlaku memang sarat terselit hikmah disebaliknya termasuk keputusan untuk menutup perniagaan kafe The Spot dahulu.
Kenapa tutup? Sayang dah ramai mula kenal, sewa bulan-bulan pun boleh bayar, modal besar telah dilabur dan bermacam-macam lagi bermain difikiran tatkala idea menutup kedai singgah. Memang diakui keputusan untuk menutup kedai tersebut dibuat dengan agak tergesa-gesa hingga mengguris hati bapa saya sendiri.
Tapi ketika itu baru berkahwin dan selama setahun lebih buka kedai memang inilah pengurusnya, inilah tukang masak kalau chef lari, inilah pelayan kalau waiter tiba-tiba mahu berhenti, Memang menguji fizikal dan mental. Tetapi memang inilah lumrah usahawan. Mana ada rehat, mana ada cuti. Keusahawanan itu kan gaya hidup, bukan sekadar kerjaya.
Malangnya pada waktu itu emosi memang dah tak stabil. Pekerja hanya tinggal chef pastri. Saya masuk kedai tutup kedai lemau je sentiasa. Padahal itulah yang dinamakan cabaran. Saya pulak terus rasa penat dan penat. Kalau dulu motivasi wang ringgit pun jadi, tapi masa tu semua benda rasa penat. Kalau boleh nak urus rumah tangga sahaja.
Sebenarnya, kalau masih mau meneruskan ketika itu saya hanya perlu bercuti dan rehat seketika. Kembali bekerja dengan minda yang positif!
Tu dia tips no.1, jangan takut untuk rehatkan minda. Biar lah orang nak kata apa. Janji perniagaan jalan~
Tips seterusnya:-
2. Banyakkan bergaul dengan usahawan lain. Mereka akan saling sokong menyokong.
3. Jangan ikut kata orang. Terutama cadangan yang menggunakan wang. Perniagaan kita, kita lebih tahu.
4. Kakitangan sangat penting.

5. Cari pembantu yang boleh dipercayai (biasanya di kalangan ahli keluarga).
Rasa macam banyak masa nak mula tulis tadi. Tak mengapa sambung lagi nanti yang penting sekarang saya banyak belajar dari kesilapan dan pengalaman.
Anak dah merengek minta susu. Sekian.

No comments:
Post a Comment