Tuesday, 2 August 2016

Butter butter butter

Dulu masa kecik-kecik, asal cerita pasal butter yang bagus mesti brand buttercup yang disebut-sebut.

Lepa susu

Tapi bila dah start baking baru kutahu buttercup tu bukan pure butter pun. Buttercup, butterlite, butterrich & seangkatan dengannya ialah lepa susu. Maknanya butter ni bukan guna 100% susu tapi ada campuran minyak sawit etc.

Butter ni pula berbeza kalau yang bentuk bata(yang berat 250g kena simpan dalam peti kalau tidak cair) dengan yang dalam baldi @ tin tu. Yang dalam baldi @ tin tu memang rasa marjerin sebab tu tak perlu simpan dalam peti. Harga pun jauh lebih murah.

Mentega tulen @ pure butter

Kalau nak buat kek atau biskut seeloknya guna pure butter. Pure butter yang famous zaman berzaman mestilah yang berjenama golden churn. Tapi disebabkan isu sekejap dia halal sekejap dia tak halal ramai yang meragui butter brand ni.

Tak perlu risau banyak lagi pure butter di pasaran. Ada anchor, tatura, le sucre, elle & vire, emborg, lurpark, scs, ballantyne dan sebagainya. Cuma harga pure butter ni memang jauh lebih mahal dari buttercup dan kawan-kawannya. Mahal macam mana? Paling murah ialah 2 kali ganda harga butter biasa.

Jenama pure butter yang agak murah pula ialah anchor & tatura. Btw, butter di Bangi kalau nak murah boleh beli di bake with yen.

Unsalted vs salted butter

Personally, saya akan guna unsalted sebab lebih creamy. Reknowned pastry chef macam Chef Anna Olson pun recommend unsalted butter supaya kita boleh control sendiri rasa masin tu.

Kesimpulan

Setiap baker ada preference butter yang tersendiri. Macam saya sendiri, ada cake saya prefer guna scs ada yang saya prefer guna anchor. Kalau buat frosting pula biasanya saya akan pilih tatura unsalted tapi kalau swiss meringue buttercream saya prefer anchor pula sebab kalau guna jenama lain rasa milky sangat.

Kan dah kata susah nak determine mana satu butter yang betul-betul sedap. Untuk mengetahui apa butter yang sesuai dengan pastri @ kek anda cara terbaik ialah cuba sendiri buat guna butter berbeza dan rasa. No shortcut 😉

2 comments:

Nadira Naima said...

Lurpark sedap gila k. Aku selalu ratah je lurpark/scs. Tapi fav still lurpark eventho mahal. Lately dah tak jumpa yang sebuku dekat tempat aku selalu shopping tapi ada yang dalam paket kecik macam dekat hotel punya breakfast buffet.

Wawa said...

You are 1 true foodie tau naima!u really know ur butter. N i is jealous sebab ko boleh ratah butter n maintain je..lurpark ke rahsianya?hihihi