Entri pertama dalam bahasa ibunda. Tanpa sedar, sudah setengah tahun Kafe dan Kek Cawan The Spot dibuka (perlu la kan terjemahkan yang ni sekali *keluh*)
Ada masa rasa teruja, ada masa rasa sedih. Adat lah tu. Bukan adat berniaga, adat kehidupan. Kalau 6 bulan lepas, aku pilih untuk menjadi peguam, menjalani "chambering" pun sudah tentu ada naik turunnya juga. Terutamanya kalau kita lihat dari segi emosi. Hehe. Biasalah perempuan.
Entri ini dibuat macam biasa kerana adanya kekosongan waktu a.k.a tengah tak ada pelanggan. Cewah bunyi macam pelanggan dari entri akhir sampai entri sekarang tak putus-putus.
Apa yang dapat disimpulkan setelah 6 bulan ialah:
1. Berniaga perlu banyak sabar
2. Staff sangat penting dalam operasi harian.
3. Pemasaran memerlukan bajet besar. Tak ada bajet haruslah teruskan bersabar ye.
4. Sangat menghargai mereka yang telah menolong memasarkan dan menyokong The Spot
5. Oh, perancangan yang pelbagai pun perlu kepada bajet. Sekali lagi, sabar. Sabar dan adalah jalannya nanti.
Satu sahaja yang aku pupuk dalam diri *atau lebih kepada memujuk diri*. Kalau Allah takdirkan aku dalam bidang ni, adalah rezekinya. Yang penting istiqamah dalam berusaha.
Doakan saya ya semua!
Akhir kata, terima kasih Kak Anne& Abg Nuar kerana sudi datang jauh dari Bandar Utama ke Bangi untuk cover The Spot. Bagi yang bertanya, nak keluar Safiyya tak perlu bayar apa-apa. Sekiranya mereka sudi, datanglah mereka. Sebab itulah saya sangat bersyukur Allah telah mengetuk pintu hati Kak Anne & Abg Nuar untuk datang. Terima kasih daun keladi diucapkan.
Ok, itu sahaja. Jemput datang The Spot semua :)
3 comments:
Amalkan dhuha. Ask ure staffs to do so kalau boleh. InsyaAllah pintu rzki mudah tbuka luas.
Tq nad!selain sunat dhuha,surah al-waqiah,yasin,al-insyirah.
Here is my site :: webpage
Post a Comment